KEISTIMEWAAN WANITA
Berikut
merupakan keistimewaan wanita menurut Islam, menunjukkan betapa Islam begitu
menghormati dan menghargai para wanita yang sholehah.
·
Wanita
yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang pria yang soleh.
· Barang siapa yang
menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang sentiasa
menangis
kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan
diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
· Barang siapa yang
membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada
keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.
· Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak pria. Maka barang siapa yang
menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
· Wanita yang tinggal
bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam
syurga.
· Barang siapa
mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak
perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan
dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
· Daripada Aisyah
r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu daripada anak-anak perempuannya,
lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang
baginya daripada api neraka.
· Syurga itu di bawah
telapak kaki ibu.
· Apabila memanggil
akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
· Wanita yang taat
berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka
pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan
tidak dihisab.
· Wanita yang taat
akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit,
matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada
suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
· Aisyah r.a. berkata
“Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap
wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap pria?” tanya
Aisyah kembali, Jawab Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”
· Perempuan apabila
sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat
akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
· Tiap perempuan yang
menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam
syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
· Apabila seseorang
perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat
untuknya. Allah S.W.T. menatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
· Apabila seseorang
perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya
pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.
· Apabila seseorang
perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan
ibunya melahirkannya.
· Apabila telah lahir
(anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya
diberi satu kebajikan.
· Apabila semalaman
(ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T.
memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk
membela agama Allah S.W.T.
· Seorang wanita
solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
· Seorang wanita yang
jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 pria yang jahat.
· Rakaat solat dari
wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak
hamil.
· Wanita yang memberi
minum air susu ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu badannya
sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.
· Wanita yang
melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan
mendapat pahala jihad.
· Wanita yang melihat
suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih
sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
· Wanita yang
menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga
adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya,
akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan
di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada
yakut.
· Wanita yang tidak
cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh
Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12
tahun pahala ibadat.
· Wanita yang memerah
susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa
keberkatan.
· Wanita yang menguli
tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
· Wanita yang menyapu
lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
· Wanita yang hamil
akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
· Wanita yang hamil
akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
· Wanita yang
bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan
pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
· Sekiranya wanita
mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
· Jika wanita
melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
· Jika wanita
menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn),maka malaikat-malaikat dilangit
akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu
badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun
solat dan puasa.
· Jika wanita
memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika
wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
· Wanita yang
meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
· Jika suami
mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
· Semua orang akan
dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang
sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini
dengan istiqamah.